Bunting T-Stand Mockup PSD I Selain daripada banner atau kain rentang, bunting juga merupakan item yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran sama ada instituasi kerajaan, swasta, syarikat atau individu. Kebiasaannya bunting digunakan untuk 2 cara iaitu indoor dan outdoor. Terpulang kepada sasaran kepada bunting itu sendiri dan antara perkara yang membezakan banner dan bunting ialah, ia dilengkapi dengan stand seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Stand yang biasanya digunakan ialah T-Stand sama ada kakinya bulat, tiga kaki, 4 kaki atau X-Stand. Beza ketara 2 fungsi stand ini, untuk T-Stand ia perlu dipasang dengan satu bahan material lain di bahagian atas untuk sambungkan ke stand itu sendiri. Manakala X-Stand pula, ia perlu ditebuk pada keempat-empat bucu bunting.
Anda boleh muat-turun Mockup Banner di sini :
Freebies yang kami ingin ketengahkan pada post kali ini adalah Mockup Bunting untuk T-Stand. Mempunyai dua posisi berlainan. Mockup ini menggunakan fungsi Smart Object dan memudahkan cara anda untuk gantikan kepada artwork anda. Untuk gantikannya, anda hanya ubah dibahagian layer yang kami tandakan warna merah yang bertulis LEFT*DESIGN HERE / RIGHT*DESIGN HERE (Sila rujuk gambar layer-layer di bawah) :
Selain dari itu, layer yang lain seperti lantai dan dinding anda boleh ubah pada apa-apa grafik yang anda inginkan.
LOG FILE :
Format : PSD
Resolution : 72ppi
Pixel Dimension : 1280x844pixel
Untuk menggunakan “Bunting T-Stand Mockup PSD” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.