Mockup T-Shirt Muslimah PSD I Mockup merupakan satu perkara yang sangat penting bagi pereka grafik kerana dengannya kita akan lebih mudah untuk divisualkan sebelum proses printing dijalankan. Sama ada mockup ini dihasilkan melalui format biasa iaitu PSD atau ATN (Photoshop Action), ia adalah perkara perlu ada bagi pereka grafik kerana hanya dengan ini kita boleh preview artwork yang dihasilkan kepada klien kita dengan berkesan.
Anda pereka grafik logo, sudah tentu anda ingin tonjolkan logo tersebut kepada klien bagaimana sekiranya logo yang anda hasilkan itu dipamerkan pada sehelai baju…sudah tentu anda perlukan mockup baju. Begitu juga dengan signboard, bussiness card, letterhead dan sebagainya, anda tentu memerlukan mockup-mockup ini (Sama ada bahan grafik ini dihasilkan sendiri atau melalui bahan yang sedia ada).
Oleh kerana mockup t-shirt kategori muslimah ini jarang ada, kami mengambil inisiatif untuk hasilkannya khas kepada anda. Mockup ini mempunyai 2 sisi pandang iaitu hadapan dan belakang. Untuk gunakannya, anda hanya perlu double click dibahagian layer “YOUR GRAPHIC HERE”, kemudian gantikan grafik anda sendiri. Kemudian tekan save dan siap !
Kami juga turut menyediakan 1 group di dalam setiap layer untuk anda ubah warna t-shirt kepada warna pilihan anda sendiri. Anda hanya perlu ubah melalui fungsi “HUE/SATURATION” sahaja.
Visual di bahagian Layer
LOG FILE :
Format : PSD
Resolution : 72ppi
Pixel Dimension : 2560x1920pixel
Untuk menggunakan “Mockup T-Shirt Muslimah PSD” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
5 Photoshop Filter Effects I Filter merupakan satu fungsi khas dalam aplikasi Photoshop yang berfungsi untuk menukar sebarang imej pegun yang asli kepada efek-efek tertentu. Terdapat 6 fungsi asas sebagai “default” yang disediakan oleh Photoshop iaitu efek Artistic, Brush Strokes, Distort, Sketch, Stylize, Texture.
Namun pada posting ini, kami hanya paparkan 5 efek yang “auto generated” atau lebih biasa dipanggil sebagai mock-up. Efek-efek ini adalah efek yang telah diubahsuai daripada Gallery Filter yang telah dijelaskan di atas tadi. Setelah diubahsuai, kami perkenalkan 5 efek yang anda boleh gunakan secara langsung iaitu :
1- Angle Stroke
2- Plastik-Look
3- Halftone Colorize
4- Patchwork
5- Stamp Grudge
Anda boleh gunakan filter ini secara percuma. Setiap artboard ialah bersaiz 768×1024, resolusi 72ppi. Untuk menggunakannya, sila muat-turun melalui butan di bawah (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.