Atom Alphabet Typeface I Typeface atau taipografi atau dikenali juga font merupakan satu komponen yang sangat penting dalam industri grafik secara umumnya. Font biasanya didatangkan dengan format OTF atau TTF. Namun bagi artikel bahan Freebies kali ini, bukan TTF yang kami hasilkan. Ia hanyalah format PNG Transparent (Tanpa background). Jadi anda tak perlu install. Hanya muat-turun kemudian masukkan satu persatu font yang anda mahu ke dalam Photoshop, susun abjad yang anda mahu hasilkan.
Prosesnya agak rumit sebenarnya. Untuk hasilkan 1 TrueTypeFace yang selalu kita lihat yang regular type, ia memerlukan satu similarity objek huruf dari A hingga Z. Maksud kami, kalau nak buat font Arial, takkanlah huruf A adalah serif sedangkan huruf B adalah sans serif. Kan tak sama tu. Similarity ni penting supaya font anda seragam dan mudah pula untuk hasilkan type yang lain seperti BOLD, Italic, Thin, Light, dan lain-lain. Itu tak termasuk bab Heading (H1,H2,H3…)
Baiklah, typeface yang kami hasilkan ini adalah dengan menggunakan software Maxon Cinema 4D. Kami hasilkan 1 persatu dan simpannya sebagai PNG.
LOG FILE : Format : PNG Transparent Resolution : 72ppi Pixel Dimension : 800x600pixel
Untuk menggunakan “Atom Alphabet Typeface ” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
15 Free Random Icons Set I Artikel Freebies kali ini adalah satu set ikon atau simbol rawak yang terdiri daripada beberapa kategori. Pada asalnya kami cuba untuk hasilkan satu set ikon yang selalu digunakan untuk membuat peta perkahwinan, tapi…lain pulak jadinya. Nak hasilkan ikon bukannya mudah sebenarnya kerana ia memerlukan kefahaman dalam keseragaman bagi sesuatu grafik. Contoh mudah, kalau anda ingin hasilkan ikon stail flat, kesemua ikon-ikon yang lain juga perlulah mempunyai ciri flat. Begitu juga kalau ikon 3D, Wireframe dan banyak lagi…ia mestilah dalam 1 set tersebut mempunyai stail yang seragam. Bagaimana untuk hasilkan keseragaman ? Tidak lain hanyalah dengan latihan dan “Try and Error”. Ini yang merumitkan.
Bagi set ikon yang kami sediakan ini, terdapat 15 item iaitu :
Setiap ikon adalah bersaiz 128×128 pixel, PNG dan dihasilkan melalui Photoshop. Fail-fail yang anda akan muat-turun nanti hanyalah PNG sahaja. Kami mohon maaf kerana softcopy bagi format PSD tidak dapat disediakan. Oh ya, jika ada antara anda yang dapat hasilkan 1 set ikonik untuk kegunaan kad jemputan kahwin, sudilah kongsikan juga kepada kami di sini !
Untuk menggunakan “15 Free Random Icons Set” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.