AtomSmoke Wallpapers I Artikel kali ini adalah cubaan kami untuk bereksperimentasi dengan font yang kami hasilkan sebelum ini iaitu Atom Alpahabet Transparent. Kami cuba hasilkan 1 wallpaper dan hasilnya anda boleh lihat pada gambar di atas. Wallpaper ini kami namakan ia sebagai “AtomSmoke” kerana kami tambahkan unsur asap sebagai satu eksperimentasi terhadap font ini. Apa pandangan anda ? Unsur asap ini hanyalah brush tool dan anda boleh dapatkannya dengan banyak hanya melalui Google sahaja. Antara keyword yang anda boleh taip ketika carian di Google ialah seperti :
Untuk brush yang saya guna pula, anda boleh muat-turun melalui sumber di sini : falln-stock.deviantart.com/art/Smoke-Brushes-Set-2-92731021
Jika anda mahu gunakan untuk letak di dekstop PC anda, dialu-alukan. Jika anda ingin bereksperimentasi juga, anda boleh muat-turun font melalui pautan ini :
Untuk menonton video eksperimentasi font yang kami hasilkan ini, anda boleh tonton di sini :
LOG FILE :
Format : JPEG
Resolution : 72ppi
Pixel Dimension : 2560x1600pixel
Untuk menggunakan “AtomSmoke Wallpapers” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
Atom Alphabet Typeface I Typeface atau taipografi atau dikenali juga font merupakan satu komponen yang sangat penting dalam industri grafik secara umumnya. Font biasanya didatangkan dengan format OTF atau TTF. Namun bagi artikel bahan Freebies kali ini, bukan TTF yang kami hasilkan. Ia hanyalah format PNG Transparent (Tanpa background). Jadi anda tak perlu install. Hanya muat-turun kemudian masukkan satu persatu font yang anda mahu ke dalam Photoshop, susun abjad yang anda mahu hasilkan.
Prosesnya agak rumit sebenarnya. Untuk hasilkan 1 TrueTypeFace yang selalu kita lihat yang regular type, ia memerlukan satu similarity objek huruf dari A hingga Z. Maksud kami, kalau nak buat font Arial, takkanlah huruf A adalah serif sedangkan huruf B adalah sans serif. Kan tak sama tu. Similarity ni penting supaya font anda seragam dan mudah pula untuk hasilkan type yang lain seperti BOLD, Italic, Thin, Light, dan lain-lain. Itu tak termasuk bab Heading (H1,H2,H3…)
Baiklah, typeface yang kami hasilkan ini adalah dengan menggunakan software Maxon Cinema 4D. Kami hasilkan 1 persatu dan simpannya sebagai PNG.
LOG FILE : Format : PNG Transparent Resolution : 72ppi Pixel Dimension : 800x600pixel
Untuk menggunakan “Atom Alphabet Typeface ” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.