Photo Resizer Photoshop Action I Untuk siri Freebies kali ini, kami dengan sukacita dan bangganya memuat-naik Photoshop Actions Script kepada anda untuk resize sebarang bentuk imej kepada saiz-saiz yang biasa digunakan oleh jurugambar bagi tujuan percetakan. Actions script ini sekaligus dapat membantu anda menghasilkan ukuran yang tepat sebelum proses mencetak gambar dan ia dapat dilakukan dengan pantas, menjimatkan masa dan yang penting fail ATN yang kami sediakan ini adalah percuma !
PHOTOSHOP ACTIONS ?
Bagi yang belum lagi biasa dengan fungsi “Photoshop Actions” ini, ia merupakan satu fungsi yang sangat penting bagi menghasilkan sesuatu yang simple dan rumit dengan hanya 1 klik sahaja. Pelbagai perkara kita boleh lakukan dengan fungsi ini, antaranya Mock-up, Photo filter, Text shadow, Resize image, 3D effects dan banyak lagi.
CARA GUNA
Untuk menggunakan fungsi ini, terlebih dahulu anda perlu pastikan panel di sebelah kanan Photoshop anda mempunyai simbol Play. Jika tiada, anda lihat di bahagian control box di atas, kemudian tekan Window > Actions. Atau gunakan shortcode Alt+F9 di keyboard.

Window > Actions
Selepas itu, sila perhatikan di bahagian panel sebelah kanan, akan ada satu bahagian simbol “Play”

Panel di sebelah kanan
Untuk menggunakannya, ada 3 cara anda boleh lakukan iaitu :
- Double click sahaja pada fail ATN ini atau
- Copy fail ATN ini dan paste kan ke C:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop CS6 (64 Bit)\Presets\Actions atau
- Klik “Load Actions…” pada butan di bahagian bucu setiap panel (Cara ini agak sukar sikit bagi pengguna basic)
Selepas cara di atas ini selesai, anda akan dapati di senarai dalam panel ini akan terdapat 1 fail berjudul “Photo Resizer (Standard R Sizes)”. Untuk mula menggunakannya, masukkan sekeping gambar seperti biasa, tekan pada butan play di sebelah nama tersebut dan akan keluar senarai seperti gambar di bawah ini :

Actions Mode Set
Terdapat 16 size kesemuanya bermula 1R sehingga 24R. Menarik bukan ? Dengan mempunyai Actions ini, anda tidak perlu risau lagi untuk mencetak gambar yang anda inginkan di kedai percetakan kerana anda telah set awal-awal lagi mengikut ukuran yang ditetapkan. Kerja kedua belah pihak akan menjadi lebih senang !
KREDIT
Kami ingin ucapkan terima kasih kepada rakan kami iaitu saudara Saikhul Awang atas panduan saiz-saiz gambar yang disediakan oleh beliau ini. Beliau merupakan seorang jurugambar sepenuh masa (Freelance) di Kota Bharu Kelantan. Anda boleh ikuti aktiviti beliau melalui Facebook : www.facebook.com/saikhul.awang
Untuk menggunakan “Photo Resizer Photoshop Actions” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
Leave a Reply