Metal Skin Effects For Photography I Pernah tak anda terfikir bagaimana nak hasilkan gambar (Photoshoot potrait) yang biasa kepada imej yang nampak seperti warna emas ? Pada kali ini kami ingin berikan anda secara percuma / freebies satu mockup yang boleh mengubah gambar biasa kepada tiga tone warna yang sangat spesel iaitu Gold, Silver dan Bronze.
Dengan eksperimentasi beberapa tool dan fungsi yang terdapat di dalam Photoshop iaitu :
- Reduce Noise
- Oil Paint
- Shadows / Highlight
- Surface Blur
- High Pass
dan beberapa filter yang lain, akhirnya kami berjaya (Walaupun tidak sempurna 100%) menghasilkan satu mockup yang agak “Metal Effect” digunakan khas kepada anda fotografi atau pereka grafik yang inginkan kelainan dalam artwork anda. Untuk gunakan efek ini mudah sahaja, memandangkan kami simpannya dalam bentuk “Smart Object”, jadi sangat mudah anda replace imej anda sendiri menggantikan imej yang sedia ada di dalam layer yang kami sediakan.
Jika anda mempunyai 1 artwork poster sebagai contoh yang bertemakan “keemasan”…jadi bolehlah gunakan efek ini untuk imej pilihan anda sendiri. Mana tau meletop poster anda nanti !
LOG FILE :
Format : PSD
Resolution : 72ppi
Pixel Dimension : 768x1024pixel
Untuk menggunakan “Metal Skin Effects For Photography” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
Leave a Reply