SIAPA KAMI ?
zestladesign.com merupakan website interaktif berkaitan dunia Graphic Design. Menerusi website ini, kami menyediakan artikel, freebies, tutorial bahkan giveaway berkaitan dengan grafik. Website ini diselenggara oleh Saudara Hanif Adnan, seorang Freelancer sepenuh masa. Mula ceburkan diri dalam dunia grafik semenjak 2012 secara serius dengan mendaftarkan Sijil Syarikat Malaysia SSM “Zestlad Enterprise” No Pendaftaran KT0291672-P
Website ini asalnya merupakan 1 blog aktiviti dan showcase grafik yang dihasilkan oleh Zestlad Enterprise. Namun menyedari sumber grafik di Malaysia masih kecil lebih-lebih lagi bagi sumber bahan-bahan yang percuma / freebies, kami mengambil inisiatif untuk menukar kategori website ini dari blog kepada satu medium sumber grafik percuma. Harapan agar dapat membantu mereka yang masih baru dengan dunia grafik ini secara amnya.