zestladesign.com merupakan website interaktif berkaitan dunia Graphic Design. Menerusi web ini, kami menyediakan artikel, freebies, tutorial bahkan giveaway berkaitan dengan grafik.
3D Metal Layer Style Effect I “Layer Style” merupakan satu fungsi yang sangat popular kepada pengguna Photoshop. Pelbagai “Style” dari dahulu sehingga sekarang kita boleh lihat melata di mana-mana website grafik yang mempunyai sumber Photoshop. Dengan fungsi ini, anda mampu jimatkan banyak masa untuk mengubah corak pada font dan shape dengan hanya menukar fail asal yang ada pada layer tersebut.
Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan style begini untuk kegunaan peribadi anda, tetapi tidak tahu cara untuk menggunakannya, apa yang anda perlu buat hanyalah muat-turun fail yang kami sediakan ini kemudian hanya tukar perkataan “3D” tersebut kepada perkataan anda sendiri kemudian siap ! Hasilnya adalah sama seperti teks “3D” yang anda lihat ini.
Copy Layer Style
Bukan itu sahaja, anda boleh “copy layer style” (sila rujuk pada gambar di atas ini) untuk anda “paste” ke sebarang shape yang anda inginkan seperti shape circle, ractangle atau sebagainya. Secara tak langsung shape tadi akan bertukar kepada style yang sama seperti teks “3D” tadi.
Untuk menggunakan “3D Metal Layer Style Effect” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
5 Photoshop Filter Effects I Filter merupakan satu fungsi khas dalam aplikasi Photoshop yang berfungsi untuk menukar sebarang imej pegun yang asli kepada efek-efek tertentu. Terdapat 6 fungsi asas sebagai “default” yang disediakan oleh Photoshop iaitu efek Artistic, Brush Strokes, Distort, Sketch, Stylize, Texture.
Namun pada posting ini, kami hanya paparkan 5 efek yang “auto generated” atau lebih biasa dipanggil sebagai mock-up. Efek-efek ini adalah efek yang telah diubahsuai daripada Gallery Filter yang telah dijelaskan di atas tadi. Setelah diubahsuai, kami perkenalkan 5 efek yang anda boleh gunakan secara langsung iaitu :
1- Angle Stroke
2- Plastik-Look
3- Halftone Colorize
4- Patchwork
5- Stamp Grudge
Anda boleh gunakan filter ini secara percuma. Setiap artboard ialah bersaiz 768×1024, resolusi 72ppi. Untuk menggunakannya, sila muat-turun melalui butan di bawah (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.