Bleed Area Photoshop Actions For Documents I Poster, Flyer, Booklet, Book Cover, Pamphlet, Handbill, Bussiness Card dan apa sahaja perkara berkaitan dengan “Document Size”, memerlukan satu lagi “Saiz Tambahan” iaitu Bleed Area / Safe Text Area. Fungsinya adalah untuk mengelakkan daripada teks atau grafik anda terpotong ketika proses cetak berjalan. Biasanya saiz bleed area ini adalah perlu ditambah sebanyak 2mm bagi setiap sisi sama ada atas, bawah, kiri dan kanan. Manakala safe text area pula adalah sebanyak 5mm.
Anda mungkin sukar untuk menambahnya secara manual di dalam Photoshop tetapi agak mudah untuk setkan fungsi ini di dalam Illustrator kerana panel “New Document” ada perbezaannya. Tetapi bagi freebies kali ini, kami dengan bantuan Saudara Idet Saad mengambil inisiatif memberikan Actions Script ini secara percuma kepada anda.
Setiap dokumen atau paper baru yang dihasilkan, anda terus boleh gunakannya semudah 1 klik sahaja. Kerja menjadi lebih cepat dan tiada lagi masalah untuk setting ia secara manual. Kami berharap agar actions ini memudahkan kerja anda sekaligus dapat jimatkan banyak masa anda untuk hasilkan projek yang anda inginkan.
Kredit khas kepada Saudara Idet Saad / Jedd Saad atas sumbangan actions yang beliau hasilkan ini.
LOG FILE :
Format : ATN
Bleed Area : 2mm (Out Paper)
Safe Text Area : 5mm (In Paper)
Untuk menggunakan “Bleed Area Photoshop Actions For Documents” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.