Business Card Mockup Free I Siapa yang tiada bisnes kad kecuali individu yang tiada perniagaan betul tak ? Namanya pun bisnes kad. Tetapi tak semestinya bisnes besar, yang kecil dan sederhana pun ada menggunakan bisnes kad sebagai bahan promosi perniagaan masing-masing. Mengapa ? Tak lain kerana dengan cara ini ia mudah dan berkesan untuk sampai ke sasaran anda. Saiznya yang kecil dan senang disimpan dalam dompet dan di bawa kemana-mana merupakan fungsi yang tiada pada bahan promosi yang lain.
Bisnes kad mempunyai permintaan yang tinggi dalam dunia perniagaan dan dunia grafik itu sendiri. Search sahaja kata kunci “bisnes kad”, anda akan dapati banyak keluar imej di dalam internet dalam bentuk saiz, material yang berbeza, layout dan sebagainya. Tak ketinggalan juga dengan mockup. Banyak mockup bisnes kad yang disediakan dalam internet. Sama ada percuma atau berbayar, ia menjadi satu kemestian dalam dunia grafik di mana mockup ini penting untuk dipaparkan kepada klien ketika proses grafik dihasilkan.
Untuk freebies kali ini, kami ingin memberikan anda secara percuma mockup bisnes kad yang mempunyai sebanyak 10 sisi atau angle yang berlainan. Dan kami mengambil inisiatif untuk hasilkan mockup yang biasa digunakan oleh pengguna Malaysia iaitu yang lengkap mempunyai kotak yang boleh dimuatkan sekurang-kurangnya 100 keping bisnes kad di dalamnya. Jika anda sebagai pengguna, anda akan biasa lihat pakaging kotak sebegini. Kalau anda pereka grafik pula, kini tibalah masanya anda boleh display grafik anda kepada klien sama seperti ia dicetak nanti.
Sama seperti kaedah mockup-mockup yang lain di dalam posting sebelum ini menggunakan kaedah smart object, ia adalah sangat mudah dan prosesnya tidak rumit. Anda hanya perlu gantikan bisnes kad anda sendiri dengan menukarnya dibahagian layer “YOUR ARTWORK HERE” sahaja kemudian tekan save dan siap. Kami juga sediakan fungsi “Level Changer” untuk anda laraskan brightness atau kecerahan mockup anda supaya ia sesuai atau sebaliknya dengan citarasa anda sendiri.
Manakala bagi actual size untuk bisnes kad ini pula ialah 89x54mm. Anda juga diberikan percuma fail ini.
LOG FILE :
Format : PSD
Resolution : 72ppi
Pixel Dimension : 1600x1200pixel
Untuk menggunakan “Business Card Mockup Free” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.