Bunting T-Stand Mockup PSD I Selain daripada banner atau kain rentang, bunting juga merupakan item yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran sama ada instituasi kerajaan, swasta, syarikat atau individu. Kebiasaannya bunting digunakan untuk 2 cara iaitu indoor dan outdoor. Terpulang kepada sasaran kepada bunting itu sendiri dan antara perkara yang membezakan banner dan bunting ialah, ia dilengkapi dengan stand seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Stand yang biasanya digunakan ialah T-Stand sama ada kakinya bulat, tiga kaki, 4 kaki atau X-Stand. Beza ketara 2 fungsi stand ini, untuk T-Stand ia perlu dipasang dengan satu bahan material lain di bahagian atas untuk sambungkan ke stand itu sendiri. Manakala X-Stand pula, ia perlu ditebuk pada keempat-empat bucu bunting.
Anda boleh muat-turun Mockup Banner di sini :
Freebies yang kami ingin ketengahkan pada post kali ini adalah Mockup Bunting untuk T-Stand. Mempunyai dua posisi berlainan. Mockup ini menggunakan fungsi Smart Object dan memudahkan cara anda untuk gantikan kepada artwork anda. Untuk gantikannya, anda hanya ubah dibahagian layer yang kami tandakan warna merah yang bertulis LEFT*DESIGN HERE / RIGHT*DESIGN HERE (Sila rujuk gambar layer-layer di bawah) :
Selain dari itu, layer yang lain seperti lantai dan dinding anda boleh ubah pada apa-apa grafik yang anda inginkan.
LOG FILE :
Format : PSD
Resolution : 72ppi
Pixel Dimension : 1280x844pixel
Untuk menggunakan “Bunting T-Stand Mockup PSD” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
Bleed Area Photoshop Actions For Documents I Poster, Flyer, Booklet, Book Cover, Pamphlet, Handbill, Bussiness Card dan apa sahaja perkara berkaitan dengan “Document Size”, memerlukan satu lagi “Saiz Tambahan” iaitu Bleed Area / Safe Text Area. Fungsinya adalah untuk mengelakkan daripada teks atau grafik anda terpotong ketika proses cetak berjalan. Biasanya saiz bleed area ini adalah perlu ditambah sebanyak 2mm bagi setiap sisi sama ada atas, bawah, kiri dan kanan. Manakala safe text area pula adalah sebanyak 5mm.
Anda mungkin sukar untuk menambahnya secara manual di dalam Photoshop tetapi agak mudah untuk setkan fungsi ini di dalam Illustrator kerana panel “New Document” ada perbezaannya. Tetapi bagi freebies kali ini, kami dengan bantuan Saudara Idet Saad mengambil inisiatif memberikan Actions Script ini secara percuma kepada anda.
Setiap dokumen atau paper baru yang dihasilkan, anda terus boleh gunakannya semudah 1 klik sahaja. Kerja menjadi lebih cepat dan tiada lagi masalah untuk setting ia secara manual. Kami berharap agar actions ini memudahkan kerja anda sekaligus dapat jimatkan banyak masa anda untuk hasilkan projek yang anda inginkan.
Kredit khas kepada Saudara Idet Saad / Jedd Saad atas sumbangan actions yang beliau hasilkan ini.
LOG FILE :
Format : ATN
Bleed Area : 2mm (Out Paper)
Safe Text Area : 5mm (In Paper)
Untuk menggunakan “Bleed Area Photoshop Actions For Documents” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
Banner Mockup Free PSD I Banner merupakan salah satu item penting dalam dunia grafik. Pelbagai institusi, perniagaan dan individu menggunakan item ini. Kalau sebut sahaja banner atau kain rentang, mesti semua orang tahu ! Banner mempunyai pelbagai saiz, dari sekecil banner contohnya separuh kaki persegi (6 inci) sehinggalah “Giant Banner” yang biasa kita lihat digantung di premis bangunan-bangunan “untuk disewa”. Giant Banner ini mungkin bersaiz 40×40 kaki atau lebih.
Kalau sebut pasal banner, sudah tentu pereka grafik akan mainkan peranan. Kalau dahulu kita lihat banner dibuat melalui cat sahaja. Atau playcard yang dipotong huruf-hurufnya kemudian tampal pada kain. Tetapi selepas adanya mesin printing inkjet ini, permintaan untuk hasilkan banner secara “design digital” sangat meluas. Pereka grafik akan mendapat permintaan tinggi sama ada yang bekerja di syarikat printing atau Freelancer. Pun begitu, grafik yang dihasilkan agak “kurang perisa” tanpa adanya mockup untuk ditunjukkan kepada klien.
Persepsi klien mungkin akan berubah 20%-30% apabila mereka melihat banner yang dihasilkan itu pada visual secara mockup sebelum proses cetak berjalan. Sama seperti packaging juga. Pun begitu, ada juga klien yang tak kisah sementelaah kekangan waktu atau keadaan yang perlukan design dan cetak dengan kadar segera.
Baiklah, penting atau sebaliknya…pada freebies kali ini kami ingin release satu mockup untuk anda iaitu tak lain tak bukan adalah mockup banner. Secara asas dan asalnya, mockup ini dibuat berdasarkan saiz 12×4 kaki. Ingat, 1 kaki bersamaan dengan 12 inci. Namun, anda boleh customize sendiri mengikut kehendak anda nanti jika saiz yang anda ingin gunakan tidak sama dengan mockup ini.
Untuk guna, seperti biasa anda hanya perlu tahu menggunakan kaedah “Smart Object” atau jika lihat di bahagian layer, hanya gantikan grafik anda pada layer “YOUR ARTWORK HERE”. Kemudian tekan save dan siap.
LOG FILE :
Format : PSD
Resolution : 72ppi
Pixel Dimension : 1000x434pixel
Untuk menggunakan “Banner Mockup Free PSD” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.