15 Free Random Icons Set I Artikel Freebies kali ini adalah satu set ikon atau simbol rawak yang terdiri daripada beberapa kategori. Pada asalnya kami cuba untuk hasilkan satu set ikon yang selalu digunakan untuk membuat peta perkahwinan, tapi…lain pulak jadinya. Nak hasilkan ikon bukannya mudah sebenarnya kerana ia memerlukan kefahaman dalam keseragaman bagi sesuatu grafik. Contoh mudah, kalau anda ingin hasilkan ikon stail flat, kesemua ikon-ikon yang lain juga perlulah mempunyai ciri flat. Begitu juga kalau ikon 3D, Wireframe dan banyak lagi…ia mestilah dalam 1 set tersebut mempunyai stail yang seragam. Bagaimana untuk hasilkan keseragaman ? Tidak lain hanyalah dengan latihan dan “Try and Error”. Ini yang merumitkan.
Bagi set ikon yang kami sediakan ini, terdapat 15 item iaitu :
Setiap ikon adalah bersaiz 128×128 pixel, PNG dan dihasilkan melalui Photoshop. Fail-fail yang anda akan muat-turun nanti hanyalah PNG sahaja. Kami mohon maaf kerana softcopy bagi format PSD tidak dapat disediakan. Oh ya, jika ada antara anda yang dapat hasilkan 1 set ikonik untuk kegunaan kad jemputan kahwin, sudilah kongsikan juga kepada kami di sini !
Untuk menggunakan “15 Free Random Icons Set” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
8 Guilloche Pattern Version 1 I “Guilloche Pattern” atau biasa kita sebut “Jalur Abstrak” merupakan satu bentuk yang unik dan mengkagumkan mata yang melihat. Lebih-lebih lagi jalur-jalur tersebut adalah dalam bentuk yang sistematik dan sempurna. Perasan tak anda, sebenarnya pattern sebegini kita selalui jumpa ketika bersekolah dahulu iaitu popular dengan pembaris yang berbentuk bintang, bunga dan sebagainya. Caranya kita acukan mata pen pada pembaris tersebut dan letakkan di kertas kemudian kita gerak-gerakkan pembaris tadi. Ia akan jadi satu jalur yang sangat menarik ! Pembaris tu banyak dijual di kedai alat tulis sehingga sekarang.
Berbalik kepada artikel Freebies kali ini, Guilloche Pattern ini boleh juga dibuat menggunakan Adobe Illustrator. Photoshop pun boleh buat dan caranya lebih kurang sama tetapi kami lebih prefer freebies ini dibuat melalui Illustrator kerana format yang dihasilkan adalah vektor. Jadi, anda boleh ubah kembali abstrak-abstrak ini mengikut kesesuaian anda. Anda boleh warnakan dan yang paling penting, anda boleh setkan saiznya tanpa had.
Untuk post kali ini, kami berikan anda secara percuma sebanyak 8 pattern yang telah dihasilkan. Ini adalah versi 2. Klik di sini untuk muat-turun versi 1
Jika anda ingin mempelajari cara untuk menghasilkan pattern sebegini, sila rujuk tutorial di sini :
zestladesign.com/v3/project/easy-trick-create-guilloche-pattern-adobe-illustrator/
Untuk menggunakan “8 Guilloche Pattern Version 2” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
8 Guilloche Pattern Version 1 I “Guilloche Pattern” atau biasa kita sebut “Jalur Abstrak” merupakan satu bentuk yang unik dan mengkagumkan mata yang melihat. Lebih-lebih lagi jalur-jalur tersebut adalah dalam bentuk yang sistematik dan sempurna. Perasan tak anda, sebenarnya pattern sebegini kita selalui jumpa ketika bersekolah dahulu iaitu popular dengan pembaris yang berbentuk bintang, bunga dan sebagainya. Caranya kita acukan mata pen pada pembaris tersebut dan letakkan di kertas kemudian kita gerak-gerakkan pembaris tadi. Ia akan jadi satu jalur yang sangat menarik ! Pembaris tu banyak dijual di kedai alat tulis sehingga sekarang.
Berbalik kepada artikel Freebies kali ini, Guilloche Pattern ini boleh juga dibuat menggunakan Adobe Illustrator. Photoshop pun boleh buat dan caranya lebih kurang sama tetapi kami lebih prefer freebies ini dibuat melalui Illustrator kerana format yang dihasilkan adalah vektor. Jadi, anda boleh ubah kembali abstrak-abstrak ini mengikut kesesuaian anda. Anda boleh warnakan dan yang paling penting, anda boleh setkan saiznya tanpa had.
Untuk post kali ini, kami berikan anda secara percuma sebanyak 8 pattern yang telah dihasilkan. Ini adalah versi 1. Kita jumpa pula di versi kedua.
Jika anda ingin mempelajari cara untuk menghasilkan pattern sebegini, sila rujuk tutorial di sini :
zestladesign.com/v3/project/easy-trick-create-guilloche-pattern-adobe-illustrator/
Untuk menggunakan “8 Guilloche Pattern Version 1” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :
[sociallocker]
[/sociallocker]
Jika anda mempunyai masalah untuk akses fail ini, sila maklumkan kepada kami ke emel : admin@zestladesign.com. Jangan lupa tinggalkan komen dan sila kongsikan bahan grafik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima Kasih.
3D Metal Layer Style Effect I “Layer Style” merupakan satu fungsi yang sangat popular kepada pengguna Photoshop. Pelbagai “Style” dari dahulu sehingga sekarang kita boleh lihat melata di mana-mana website grafik yang mempunyai sumber Photoshop. Dengan fungsi ini, anda mampu jimatkan banyak masa untuk mengubah corak pada font dan shape dengan hanya menukar fail asal yang ada pada layer tersebut.
Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan style begini untuk kegunaan peribadi anda, tetapi tidak tahu cara untuk menggunakannya, apa yang anda perlu buat hanyalah muat-turun fail yang kami sediakan ini kemudian hanya tukar perkataan “3D” tersebut kepada perkataan anda sendiri kemudian siap ! Hasilnya adalah sama seperti teks “3D” yang anda lihat ini.
Bukan itu sahaja, anda boleh “copy layer style” (sila rujuk pada gambar di atas ini) untuk anda “paste” ke sebarang shape yang anda inginkan seperti shape circle, ractangle atau sebagainya. Secara tak langsung shape tadi akan bertukar kepada style yang sama seperti teks “3D” tadi.
Untuk menggunakan “3D Metal Layer Style Effect” ini, anda boleh muat-turun fail melalui butan berikut (Klik dahulu salah satu butan Twitter / Facebook / Google Plus di bawah ini untuk AKSES butan download) :